27 Apr 2024. Program julung kali Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2024 telah berjaya dilaksanakan dengan kegigihan usaha AJK yang terlibat dan Sukarelawan. Pengisian yang bermula dari disambut olhe AJK Pendaftaran, sesi bergambar di Photo Booth dan seterusnya menjamah selera. Pelbagai hidangan seperti lemang, ketupat, lontong, nasi minyak (sumbangan dari DBKL), serunding, rendang, satay ayam/daging, mee goreng, kueh bakar, pelbagai jenis kuih raya, buah tembikai dan air syrup.
Program tersebut telah dihadiri lebih dari 330 orang yang turut dihadiri oleh Wakil MP Seputih (Puan Alice), Wakil DBKL, Pengerusi Majlis Penduduk Seri Petaling, JPNIN-Seri Petaling (En Mohd Ashri Mohammad Zain selaku Ketua Seksyen RT dan keselamatan) Pegawai dan Anggota Balai Polis Seri Petaling, Pengerusi dan AJK KRT Taman Seri Endah dan Zon E, Pengerusi dan AJK Kop-Khairat, Pengerusi dan AJK KKSAH, Ketua Imam dan AJK Masjid Seri Petaling, Pengerusi dan AJK SFI, Pengerusi dan AJK Surau Al Hidayah, serta dari pelbagai kaum dan juga warga asing yang tinggal di Zon M. Pecahan kehadiran seperti berikut:
1. Melayu – 272 orang
2. Cina – 27 orang
3. India – 18 orang
4. Warga Asing – 13 orang
Sebelum Program





Semasa Program




























































