Pengerusi
- Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga. Jika pengerusi tidak dapat hadir, Timbalan Pengerusi akan mempengerusikan mesyuarat tersebut. Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli mesyuarat akan memilih mana-mana ahli yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.
- Melaksanakan kewajipan Rukun Tetangga bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa.
- Memantau, menerima dan melaporkan isu-isu keharmonian komuniti di Kawasan Rukun Tetangga kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian.
- Merupakan salah seorang penandatangan bagi urusan pengeluaran wang dari Akaun Rukun Tetangga.
- Menyemak penyata kewangan bersama dengan Pengerusi atau Bendahari jawatankuasa lama semasa mengambil alih tugas.
- Melaksanakan apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengarah Rukun Tetangga mengikut Akta Rukun Tetangga 2012.
Timbalan Pengerusi
• Menyelaras dan mengemaskini maklumat profil penduduk
• Menyelia dan memantau aspek keselamatan dalam komuniti
• Membantu memantau, menerima dan melaporkan isu-isu perpaduan di KRT kepada Penolong Pengarah RT.
• Menjalankan apa-apa tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi atau jika berlaku kekosongan jawatan Pengerusi.
Setiausaha
- Menyediakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa dan Laporan Tahunan Rukun Tetangga.
- Melaporkan aktiviti dan mesyuarat berkaitan Rukun Tetangga melalui sistem e-Keaktifan RT.
- Menyelenggara dan merekodkan semua aset dan inventori Rukun Tetangga.
- Merupakan salah seorang penandatangan bagi urusan pengeluaran wang dari akaun Rukun Tetangga.
- Mengeluarkan resit bagi terimaan wang atau cek dan mendeposit wang ke dalam akaun bank Rukun Tetangga ketika ketiadaan Bendahari.
- Melaksanakan apa-apa tugas sebagaimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa.
Penolong Setiausaha
• Mengurus serta merekod dokumentasi pengurusan dan pentadbiran RT
• Menyelenggara danmerekodkan semua aset dan inventori RT
• Menjalankan apa-apa tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha atau jika berlaku kekosongan jawatan Setiausaha
Bendahari
• Menguruskan kewangan RT mengikut peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
• Menyelenggara akaun kewangan RT melalui Sistem Maklumat Perpaduan dan mencetak penyata kewangan bulanan sebagai rekod serta disahkan oleh Pengerusi.
• Menyediakan akaun kewangan yang dijana melalui Sistem Maklumat Perpaduan yang telah diaudit dan melaporkan dalam Mesyuarat Tahunan serta disahkan oleh Pengerusi.
• Menyelenggara rekod-rekod kewangan seperti resit-resit, baucer, buku tunai, slip bank, buku cek dan lain-lain dokumen berkaitan.
• Merupakan penandatangan wajib ke atas setiap urusan pengeluaran wang.
• Melaporkan penyata kewangan dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa.
• Menyemak penyata kewangan bersama dengan mantan Bendahari Jawatankuasa semasa mengambil alih tugas.
Anggota Jawatanakuasa
• Mengetuai Kelompok Komuniti dalam AJKRT dan Skim Rondaan Sukarela.
• Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa RT.
• Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga seperti Seksyen 8, Akta Rukun Tetangga 2012.