
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk KRT Zon M kerana memberi kepercayaan untuk saya menerajui KRT bagi tempoh 1 Feb 2024 hinge 31 Dis 2025. Terima kasih juga diucapkan kepada En Mohammad Asraf bin Jalaludin, PPD/PPB yang mewakili dari Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan Kawasan Seputih dalam mengendalikan Pemilihan dan Pelantikan Jawatankuasa Rukun Tetangga Zon M Seri Petaling Sesi 2024/2025 pada 1 Feb 2024.
Dengan pelantikan seramai 20 AJK bersama saya, saya yakin ianya memberi ruang dan peluang terbaik kepada AJK dalam membantu meningkatkan aktiviti dan keselamatan Kawasan Rukun Tetangga di Zon M. Dalam masa yang sama diharap kami dapat memberikan kelainan kepada pelanggan terutamanya komuniti yang meliputi pelbagai bangsa dan juga warga dengan menyediakan perkhidmatan Sukarela kepada Komuniti Zon M, Bandar Baru Seri Petaling.
Saya dengan penuh yakin dan percaya, melalui perkembangan dan penggunaan teknologi akan digunakan sepenuhnya dalam mengeratkan lagi perpaduan dań semangat muhibah. Sudah pastinya ia dapat memberi faedah dari segi perkongsian pengalaman disamping dapat memupuk semangat kerjasama dan komunikasi yang berkesan di kalangan AJK, Komuniti dan Agensi Kerajaan yang terlibat.
Akhir sekali diucapkan kepada semua AJK diharap dapat kita memberi kerjasama di dałam penggal pelantikan 2024 sehingga 2025 dengan memberi khidmat Sukarela kepada Komuniti Zon M.
Sekian Selamat Maju Jaya KRT Zon M Bandar Baru Seri Petaling
Lt Kol Tamsir bin Marhaban (Bersara)
Pengerusi