Skip to content

Fungsi dan Tugas Jawatankuasa

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah mempunyai fungsi dan tugas yang berikut:

(a) Untuk menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat.

(b) Untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam Kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada Pengarah;

(c) Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautian melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana;

(d) Untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat; dan

(e) Untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.