24 Ogos 2025. Pameran sempena Hari Ulang Tahun Ke-19 KRT Zon M telah diadakan di program Larian Bersama Veteran Putrajaya bertempat di Kompleks Sukan Air P6. Sambutan ini berkonsepkan Pamer dan Jual Produk Komuniti. Antara produk komuniti adalah Jualan Sabun Pencuci Baju (Pengeluaran KRT Zon M), Popcorn, Sambal Ikan Bilis dan lain-lain. Aktiviti telah dirasmikan oleh Mantan Pengerusi Pak Lang (Gelaran diberi) yang didahului dengan ucapan, memotong pulut kuning dan penyampaian cenderahati oleh Lt Kol Tamsir (Bersara) Pengerusi Sesi 2024/2025 kepada Pak Lang. Program tersebut mencapai objektif dengan ramai pengunjung yang hadir dan membeli produk komuniti.












