28 Feb 2026. Program KRT Zon M pada kali ini adalah Masak Bubur Lambuk 2026 yang disertai oleh AJK dan Komuniti Zon M. Aktiviti telah dilaksanakan bertempat di Pusat KRT Zon M dan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 02.00 petang. Pada tahun ini, Jiran Wanita telah mengetuai untuk menyedia, memasak dan mengagihkan bubur lambuk. Sebanyak 100 pack bubur lambuk berjaya diedarkan.









